salam ramadhan kareem..
Bulan Ramadhan tapi aku nak share mengenai sekeping hati seorang wanita~poyos. Hati yang lembut mudah terguris,mudah terasa and sangat sensitif. So bila deal dengan kaum ni sila peka dengan hati mereka. Heeee :D sekarang nie musim mengawan ka apa ka aku tak peduli la tapi bila cakap soal hati <3 perghh badak *budak tadika pon da pandai nak loving2 caring2 daring gitu,..Kelas kau budak. Bukan cinta monyet yang aku nak perjuangkan disini, tapi untuk peringatan diri aku dan jugak kawan2 aku yang sudi menjengah blog aku tanpa meninggalkan tapak kaki..Aku terbaca balik satu note yang aku taip dalam Facebook pada 27 April 2010 6:51 p.m..Detail. Kisahnya simple, bila kita dah ready atau pon dah memberi atau mensedekah (tatabahasa a yg salah) hati pada seseorang sebenarnya kita pada seseorang maknyanya kita dah bersedia untuk hadapi segala kemungkinan baik positive mahupun negative.
''Wahai hati yang sedang merindui,apabila kita mencintai seseorang,
sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai,
apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya
kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci.
Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun
bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup,
pengajaran perlu dirasai bila kasih tak berbalas.
Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh kebelakang
andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun
ada seketikanya kita perlu mengingati biarpun terasa pedih
kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui.
Ada masanya kita terpaksa melepaskan peluang yng lalu di depan mata,
ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki,
kerana
selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadangkala
tak disangka.Kadangkala apa yang kita ingin tak akan sama dengan apa
yang kita harapkan,
adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama
dengan apa yang kita dengan yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi,
harapan hanyalah kemahuan yang kita cuba gapai,
sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,
bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup,
memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan...
Okeys just sharing <3
Orang cakap sekiranya kita menyukai atau menyimpan hati pada seseorang, simpanlah sedikit rasa keraguan supaya nanti bila ditakdirkan dia bukan hak kita, atau dia pergi meninggalkan kita,kita masih ada kekuatan untuk teruskan hidup walaupun tanpa bersamanya.
Amboi hang ni....
ReplyDeletewhy?? just sharing okay..
ReplyDelete