Thursday 21 July 2011

kau sangat annoying______________

hi guys..peace upon one and all..

Im a bad person actually..!But today i macam bengang ngan sorang ahli facebook nieh..huh macam nak kena remove ja kan..Annoying such a pervert guy..!PERASAN TERLEBIH..hey saya memang suk balas2 komen taw ngan kawan2 saya..So,bila u komen,i balas la mcam biasa okei! Hishh napa la wujud lagi manusia yang perasan camni..??Kita balas komen xsemestinya suka taw! Jangan perasan aku suka kau la..! Nie yang nak main block2 nie..

okie bye..

nur akma azman :P

Tuesday 19 July 2011

hari bertaubat

salam 1 penang kepada anda diluar sana..

Disebabkan hari ni i nak bertaubat so entry nie akan menjadi pendek.Tak banyak benda yang saya nak merapu kedana..

Dengan ini saya Nur Akma Azman berjanji bahawa hari ini saya tidak akan membuka facebook,twitter,blog,skype dan yahoomail bermula jam ini,saat ini,ketika ini..Janji ini akan berkuatkuasa bermula jam 11pagi..

Saya juga berjanji akan menghabiskan outline bel 342 dan membuat review bel 332.Selain itu saya akan berusaha membuat paper cutting global issue..

Sekian harap maklum...:P

Monday 18 July 2011

BerGeDix saNtai JoM!

assalamualaikum wbh..

Ini semua salah epa!sebab dy lah saya addicted ngan lagu nie..Sebab rasa macam sapa makan gula dia tersa manisnya!Lagu nie ada kena mengena ngan kisah cintaku!arghhhhh..Gedixzz bet0l..


HEHEH..Penyakit gatai meqela dah mai balik..Hayatilah lirik lagu ini..Nera, HATIKU MILIKMU..


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



Hurm apa boleh buat saya nie sering berhadapan dengan unrequited love!My little dirty secret------!

like HH forever!

chantek punya dok edit..haha

Kununnya buat love story ngan mamat nie..hahah Saya memang sengal lagi sengek..Pergghh lama gila saya ngan Hafiz Hamidun nie..Minat dia dari darjah bapa ntah,5 kot masa dia mula2 masok group UNIC dulu..hebat kan???Cintaku bukan diatas kertas,cintaku getaran yang sama..So kepada sesiapa yang pandai2 nak ngaku die hard fan HH sorry to say that im the biggest die hard fan of him keyh..!

"I stalked your profile when i miss u
Tengok semua gambar you tanpa jemu
I stalked your profile when i miss you
Adakah kau juga memikirkanku.."

Dulu saya minat sangat dengan law nie sebab HH amik law taw kat matrik uia pj..Kerek tak??haha mesti nampak macam pulun gila kan minah sengek nie..Kononnya nak ada minat yang sama la kan but law agak tough untuk orang yang tak ada critical thinking macam i..huhu..Konpius lak,dulu memang berkobar-kobar nak masok law then bila dah dalam genggaman takut pulak nak hidop..Ah tapi kita guna pakai nasihat HH masa skype ngan dia ritu..
"u have to plan ur future"
Adew artis cakap camtue kat ko??xda kan kan kan..Haa..i sorang penah rasa nikmat dinasihatkan oleh artizz.
Gumbira tak payah cakap la..Terbawa2 ke dalam tidur dan anganku..

nur akma azman


Tuesday 12 July 2011

UNREQUITED LOVE

assalamualaikum..

Dah masok maghrib dah pon..But still nak post jugak..Hehehe!
"pada awan biru ke melakar kata-kata,
pada langit cerah kupanah semua cerita,
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi,
berterbangan jiwa merentasi pelangi..
gerimis menitis gugur membasahi bumi,
bagai menangisi sebuah cerita hati,
andai kau fahami semua hikayat pendeta,
seribu tahun kan pasti bisa setia..
ke alam syurga.."

Meriah lagu nie.Semeriah hatiku tatkala ini.Ye saya memang berbahagia bila tengok dia bahagia.Hahah..Poyos betol.Hurm..Tapi bila cinta bertepuk sebelah tangan nie sedayh kan..UNREQUITED LOVE.hahahahah..
dont break my heart!

Saya ada satu cerita..(memang suka bercerita kan..haha)..Ustazah saya cakap kalau kita suka kat seseorang tue and kita tak bagitaw sesapa,insyaallah di syurga nanti dia akan datang pada kita.Hurm..,da pulak hadis yang cakap kalau kita suka kat seseorang tapi tak bgitaw dia ,pendam ja then ditakdirkan kita meninggal,tue dikira mati syahid..
Hah paling saya suka hadis nie:
"aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,jika kau hilangkan agama dalam dirimu hilanglah cintaku padamu"-Imam An Nawawi.
Tapi for those yang mengalami unrequited love nie banyak-banyaklah bersabar yerr..
 what should i do??


Okie bye..tataw nak explain apa dah nie..


nur akma azman







Friday 1 July 2011

80% pelajar IPT dan tingkatan 2 tak tahu makna alfatihah..Masyaallah!

assalamualaikum wbh.

This entry credit to http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah.I took this from her note okey.Hurm,80%,kira ramai jugakla kan..Uish..ramai-ramai.Kita nie taw sembahyang ja,tapi tak tau langsung makna dia.Patut la orang cakap apa,...tak masouk dalam hati,haaa xsampai ke hati bila kita baca bacaan tue sebabnya,tak tau makna.Tak payah pi jauh2,al fatihah sudah.Sapa boleh bgtaw maknanya??Saya ingat lagi,masa form 2 ustazah mardziah
tanya dalam dewan,sapa boleh bagitaw makna al fatihah??Semua buat dunno ja.Then beliau panggil kawan saya Syamira,dengan lancarnya dia bagitaw makna.Actually saya pon tak bapa igt makna dy masa tue..Ingat2 lupa bak kata husaini..Masa sekolah rendah dulu rasanya dalam pendidikan Islam pon ada kita belajar makna bacaan dalam solat tapi tak detail.Kadang2 ustaz or ustazah Tak sentuh pun..Hurmm certain je la.Jadi sapa yg patut kita blame sekarang nie?Parents Or teachers?O r maybe ourself yang bodoh sombong.Tak tau tapi tak mau amik tau..?
tak da tiang nie robohlah akhlak

Nak dipendekkan cerita,jom kita tengok apa makna alfatihah dan setiap bacaan dalam solat tue.Sharing is loving<3


Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

 Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ok anda semua dah tau kan apa makna bacaan2 dalam solat nie,jadi sila hayati maknanya masa solat,insyaallah hati akan rasa dekat dengan Allah sebab kita tau apa yang kita baca.Sama2lah kita menjadi mukmin yang cemerlang dunia akhirat..
"umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam"


nur akma azman