Thursday 26 September 2013

Hi Tea

Peace upon one and all :)
Memandangkan semua Ahlijawatankuasa Health Administration League For Student(HEALS) akan "bersara" so kitorang pun buat la gathering sikit dengan pensihat persatuan En.Redhuan. Menu nak gempak saja tuan penasihat nie nak..Aku macam dok bayang menu ala-ala mat salleh dok kat France la kan..Kelas gitu hi-tea buat ala2 mat salleh..

First aku bayang macam nie jamuan tue (ehsan abg google)
Second aku bayang macam nie..(ehsan abg google)
Haaa hebat tak imaginasi mat salleh aku..Banyak tengok Anna Olson sebab tu jadi tak betol macam nie.
oke nie menu yang betul dri fb kak hana :)
Menu kambing dengan sos pudina, laksa penang,macaroni cheese,ayam goreng,tepung talam,sardine puff, curry puff,nescafe n orange :) semua menu nie selamat disumbat masuk dengan rakus kedalam perut aku yang muatan 7 orang nieh.
tamak haloba.penuh pinggan
selamat tinggal HEALS.bakal berakhir tampuk pemerintahan kami
ehem ehem..bersama penasihat HEALS 2012-2013
Okey done~ time kasih untuk makanan yg free dan sedap..mueheheh

Saturday 7 September 2013

Kanak-kanak Riang

Peace upon one and all

Okey ni perjumpaan paling singkat la yang penah aku join..haha konon2 nak reunion la..Alhamdulillah ada jugak rezeki aku nak jumpak dengan kanak-kanak riang nie..,geng-geng aku time sekolah dulu tingkatan 1 Agama - 3 Agama #aku kelas agama okey..huahaha# Lepas PMR ada yang stay and ada yang berpindah mencari identiti diri di sekolah yang lebih gempak gitu..iols pasrah jew la terpaksa berpisah dengan kanak-kanak ribena nie suma..So plan punya plan at last dapat la jumpak 4Sept ritu di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya. Yeay! Tapi tak semua la yang join.Masing2 dah ada komitmen tersendiri gitu..So kami 9 orang je la yang berkumpul buat semak kat mall tue.

Serius masing-masing still dengan perangai pelik yang tak taw bila nak berubah tue..Aigoo still gila macam dulu walaupun dah lama tak jumpa. Tak nampakla awkward di situ..Maybe sebab kami semua nie memang muka tak malu kot..Hahahah

wanita2 moden baik kata Syamira

takda sapa layan camera dia~kesian



geng kuat makan berkumpul

Credit to Syamira(aku rompak kat FB)  
Si Fatin suruh aku pakai corset sebab seat belakang keta dia akan dinaiki oleh 3orang yang sihat dan seorang xbapa sihat(i mean kecik kurus meletop) Huh stress!
Last,time kasih kawan-kawan for making my day..hahah

Tuesday 27 August 2013

Saya dah Besar

Peace upon one and all

Baru-baru nie aku telah menghadirkan diri ke open house kampung *sungguhglamkampungmakjemah* dan berjumpa la dengan sahabat2 aku zaman sekolah rendah.Dah besaq depa nie..Ekekeke.


aku: Bilah mak aku ceqita mak hg kata "along hang jangan dok gatai nak nikah awai2..Bela kami dulu."
Bilah: Hahaha ya ka..Hang taw dak mak hang kata kalo ada sapa2 mai masuk minang la nie mak hang xkisah..Dah jodoh dia kata..
aku: Biaq betoi mak aku nie..(monolog dalaman)



Si Bilah nie pon ceqita la pasai sorang jejaka veteran nie.Ada ka patot mak dia nak kenen ngan aku..Cess..Naseb mak aku jawab "xmau la yang macam tue..Agak2 la hampa..Mai la hat elok sikit.."


Aigoo..bila mak aku dah bukak topik nie aku baru perasan,dah besar rupanya aku nie..KEHKEHKEH

Sunday 25 August 2013

Random

Peace upon one and all :)

So cliche..and "random" will be the best choice if you dont have any ideas..muahahaha.Another cliche story to be shared here "pilihan Allah adalah yang terbaik". Kita selalu terfikir, kenapa benda nie jadi kat kita,kenapa kita ditakdirkan macam nie,kenapa kita ditakdirkan jumpa orang2 nie dalam hidup kita???Sedangkan Allah hadirkan mereka dalam hidup kita bersebab. Kadang2 Dia jadikan orang2 itu sebagai ujian buat kita dan adakalanya Dia hadirkan mereka sebagai penyeri dan pembimbing bagi kita.Kita saja yang tak sedar dan tak pernah untuk hargai apa yang kita dah belajar daripada mereka.. And....helloo..He is the Creator.

His command is only when He intends a thing that He says to it, "Be," and it is. Quran 82:83

Kita lupa ayat nie dah cukup untuk jelaskan apa yang berlaku keatas hamba-hambaNya.Dan kita jadi manusia yang semakin hari semakin jauh dari Dia..,Pencipta sekalian makhluk. Kita sibuk lalai dengan dunia, lalai dengan apa yang kita ada sekarang.. Now i know, Allah loves us and He never leave us dan kitalah yang selalu tinggalkan Dia.

"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." Quran 2:216



Kita merancang,Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah itu lebih baik kerana Allah merancang dengan rasa cintaNya.Setiap kali kita rasa down dengan apa yang berlaku pada diri kita, kembalilah pada Allah. Allah tak bagi apa yang kita nak,tapi Dia bagi apa yang kita perlu. Redha lah dengan apa yang kita ada sekarang sebab inilah apa yang kita perlukan sebenarnya.







Wednesday 21 August 2013

Ter"delete"

The awkward moment is when u deleted your blogpost..hahah
Ntah apa2.Motive sangat kan aku nie..Actually aku nak delete post yang dalam draft and aku terdelete dengan yakinnya post Phineas and Ferb aku..hurghhh..stress..

Mengapa aku begitu zalim men delete tanpa melihat dulu isi kandungan...
kbye

UNIC Hakikat Bahagia.DAT



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Sepertimana yang kita tahu bahagia tue satu nikmat yang tak ternilai yang Allah berikan kepada hamba2Nya.Tapi kebahagiaan yang kita dapat mungkin berbeza daripada orang lain.Ada yang miskin tapi ada yang kaya.Kebahagiaan bukan terletak pada harta benda, cukuplah sekadar kita sentiasa ingat pada Allah dan Allah tak terlepas daripada pandanganNya.

Allah tak bagi apa yang kita nak,Dia bagi apa yang kita perlukan.Bila kita dapat apa yang kita perlu..,itulah bahagia yang sebenarnya.Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
#muhasabahdiri

Saturday 3 August 2013

alkisah DESPERATE STUDENT part II

assalamualaikum..hello there..

What day is today??Today is RESULT DAY -,- kbye..Aku tak boleh tidoq semalam memikirkan naseb aku yang belom tentu untung rugi.Walaupun aku sangat poyo and cool tapi jauh dilubuk jantung paling dalam melepasi segala jenis cardium yg ada dalam heart, aku sangat takut.Panic apatah lagi. Aku sangat desperate nak lulus MEDICAL TERMINOLOGY (boh warna merah,takut). Apa nak jadi, jadilah..Asalkan aku LU bukan GA. Part paling tragis pukul 3.30 pagi tadi aku bukak email. Aku cari pekataan GA dulu.. Psycho kan..haha Suka ati la result aku..

As expected,result aku turun tapi aku sangat bersyukur la dengan pemberian tuhan. Terima Kasih ya Allah. Sebenaqnya aku begitu sebak sehinnga tidak dapat memikirkan kata2 bombastik untuk entry nie.Oleh itu izinkan hamba mengundur diri..Mohon sem depan jangan buat soalan yang susah2..Bagila aku DEAN LIST untuk sekali pon jadila..

aku yang mengharap

Friday 2 August 2013

Duhai Hati

salam ramadhan kareem..

Bulan Ramadhan tapi aku nak share mengenai sekeping hati seorang wanita~poyos. Hati yang lembut mudah terguris,mudah terasa and sangat sensitif. So bila deal dengan kaum ni sila peka dengan hati mereka. Heeee :D sekarang nie musim mengawan ka apa ka aku tak peduli la tapi bila cakap soal hati <3 perghh badak *budak tadika pon da pandai nak loving2 caring2 daring gitu,..Kelas kau budak. Bukan cinta monyet yang aku nak perjuangkan disini, tapi untuk peringatan diri aku dan jugak kawan2 aku yang sudi menjengah blog aku tanpa meninggalkan tapak kaki..Aku terbaca balik satu note yang aku taip dalam Facebook pada 27 April 2010 6:51 p.m..Detail. Kisahnya simple, bila kita dah ready atau pon dah memberi atau mensedekah (tatabahasa a yg salah) hati pada seseorang sebenarnya kita pada seseorang maknyanya kita dah bersedia untuk hadapi segala kemungkinan baik positive mahupun negative.

''Wahai hati yang sedang merindui,apabila kita mencintai seseorang, sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai,
apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya
kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci.
Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun
bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup,
pengajaran perlu dirasai bila kasih tak berbalas.
Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh kebelakang
andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun
ada seketikanya kita perlu mengingati biarpun terasa pedih
kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui.
Ada masanya kita terpaksa melepaskan peluang yng lalu di depan mata,
ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki,
kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadangkala tak disangka.Kadangkala apa yang kita ingin tak akan sama dengan apa yang kita harapkan,
adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama
dengan apa yang kita dengan yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi,
harapan hanyalah kemahuan yang kita cuba gapai,
sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,
bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup,
memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan...

Okeys just sharing <3
Orang cakap sekiranya kita menyukai atau menyimpan hati pada seseorang, simpanlah sedikit rasa keraguan supaya nanti bila ditakdirkan dia bukan hak kita, atau dia pergi meninggalkan kita,kita masih ada kekuatan untuk teruskan hidup walaupun tanpa bersamanya.

Wednesday 10 July 2013

Bazaar Ramadhan dan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Definisi bazaar Ramadhan
-merupakan tempat menjual pelbagai lauk pauk,kuih muih,air ayaq,nasik nasak dan lain2 juadah untuk berbuka puasa. Bazaar Ramadhan hanya wujud pada 1 Ramadhan setiap tahun.

Buat julung kalinya aku berpuasa sangat jauh dari family iaitu melebihi 2 marhalah atau 90km.Time sekolah menengah dok asrama sungguh dekat dengan baiti jannati. Hanya dipisahkan oleh beberapa petak sawah padi dan sebuah kampung saja. Masuk UiTM Merbok pulak tiap-tiap minggu balik. Tapi sejak dok UiTM Puncak Alam nie....,balik time cuti midsem n cuti sem ja. Sedih sungguh..!

Motive aku membuat entry ini adalah untuk memperjuangkan keseronokan aku masa zaman UiTM Merbok dulu.Sungguh berbeza puasa di Merbok dengan Puncak Alam. Kalau pi bazaar Ramadhan kat Merbok..,fuhh rambang mata nak makan apa..Setiap hari makan benda yang berbeza.Bak kata roommate aku si DAlila tuh, kita kena try semua makanan! Cakap ja nak makan apa, semua ada depan mata,tinggai nak hulur duit ja. Tapi aku pi ja bazaar kat depan rumahku Puncak Alam..,alahai..camni 10 kali pusing pon xjumpa lagi apa yang berkenan dihati..Time2 macam nie lah buatkan aku merindui dan sangat merindui Merbokus yang harum dengan wangian getah setiap pagi..

Rindu Merbok, rindu jus buah RM1, rindu makanan2 yang sedap dan murah diMerbok

Selamat berpuasa semua.. :(

Tuesday 2 July 2013

alkisah DESPERATE STUDENT part I

salam 1 UiTM Puncak Alam..

Alkisahnya bermula dari 29 JUN 2013 iaitu hari pertama FINAL EXAM aku. Didahulukan dengan paper medical terminology yang gah mencabar keimanan dan kesetiaan aku pada paper2 yang lain.Kepayahannya menikam didada menjerit asmara..bergelora... Ish ish..hebat penangan med term pada akal fikiran aku..soalannya ya Allah, punya lah payah..Aku rasa macam dah hafal 1 buku..tapi apasal still tak boleh jawab..??

Episod gelora jiwa aku diteruskan lagi dengan organizational communication pada 1JULAI 2013. B
begitu mendalam kesan soalan final sem nie pada aku..Kali ni serius aku tak paham langsung study case dia.Ok bye A- welcome B-.. :(

Jadi aku dengan penuh rendah diri dengan mengaplikasikan principle of modesty, men desperate kan diri aku untuk berjaya jawab 4 lagi paper smoothly lar..aku sangat desperate untuk menampung kembali kecatatan yang telah aku cipta pada paper 1st and 2nd.

Saturday 22 June 2013

drama study week

helloo..(walaupon aku tau xda org yg baca blog aku tp aku tak kesah sebab aku menaip untuk kepuasan diri)#penyedah hati

Sungguh banyak drama2 yang bakal tercipta bila tiba ja minggu study week.Aku antara orang2 yang sedang merangka drama2 tersebut.Antara plot yang sedang dalam proses pembikinan adalah seperti berikut:

1) study week nie aku nak jadi hamba library dari pagi-petang
2) aku nak khatam buku medical terminology dalam tempoh 3hari
3) nak p bertapa di bilik2 lecturer seperti finance, organ. behavior, med term (subjek nazak aku)
4) avoid last minutes study (antara plot yg mungkin tergendala)
5) final exam ini kali aku akan guna sebaik mungkin(mungkin time jawab paper aku akan cakap, napa la aku xstudy dri awal)
6) part paling tak boleh diharap..berangan yg aku sedang berusaha ke arah kejayaan tapi sebenarnya aku tgh terlentang atas katil.

Okey. Tapi demi masa depan yang nampak agak kabur tue aku akan cuba la untuk maintain CGPA. Walaupun aku dah jauh dari Dekan dan tiada tempat di ANC..huahahahaha..

Tuesday 28 May 2013

super duper busy macam mak Datinzs

salam 1 dunia..

Ke busy an menghalang aku untuk memporak perandakan blog aku yang maha hampeh nie..pas 1 masalah, mai pulak masalah lain..Maklom la orang kuat UiTM. Tak gerak persatuan HEALS nie kalo aku tak da.
Alkisahnya bukak saja sem bulan mac dah mula plan untuk HEALS Family Day,lepas tue HEALS Gala Dinner pulak. Diteruskan lagi dengan ConsuRace hari pengguna..Aku sangat super untuk deal dengan semua ini disertakan dengan lecturer yang begitu baik hati memberi banyak assignment,quiz,test,blended learning blender kuning dan koko yang begitu tragis untuk sem ini..Terima Kasih semua..Jasamu dikenang..

Jadi biarlah gambar bicara..

Aktiviti pertama diawal sem NeoRetro HEALS Familiar

warga2 kelas ohb33b yang agak gila glamor ya



ehem ehem..warga committee yang bertungkus lumut menjayakan pogram ini

aktiviti ke 2 (paling grand and julung kali diadakan oleh HEALS)







okey bye..aku busy nie..ada seminar..

Sunday 24 March 2013

Get Away To Excellent~


UiTM dihatiku~

ding dong..Perjumpaan committee bersama junior2 (walaupun sama umur ngan aku kan).Depa nie pelajar penerapan dari diploma. So ada yang sama umur and ada jugak yang tua~erkkk i mean tua dari aku okey..

HEALS
Health Administration League for Student


ehem ehem..Exco Akademik sedang memberi ucapan



Tuesday 19 February 2013

Brunch

Pukul 10 pagi. Selongkar peti ais ada daging cincang.Okey set kita buat meatball suka suki.
berbekalkan beberapa bahan yang sedia ada di dapur.

Daging cincang tue basuh bersih2. Pastu onion,garlic n black pepper tumbuk bagi halus and mixed all the ingredient macam biasa.Letak garam sikit..okey done~ Buat bo0lat2 mcm kat bawah nie.

Eleh rajin pulak aku mencipta resepi bagai padahal masak pon fail..Aku prefer masak western dari local. Serius lagi senang n mudah!
So breakfast+lunch=brunch hari nie, spaghetti bolognese meatball.

Kuah main campak2 ja apa yang ada dalam peti ais.Ahaaa as usual.

pinggannya ja yang meriah~

pisang coklat~



Memandangkan ada pisang kat rumah so aku pon dapat la idea untuk cipta menda merapu yang sedap dimakan..Simple ja resepi dia..

Bahan2:
Pisang ikot suka hati nak berapa tandan




Coklat masakan or choc rice
kulit popia
cheese(kalo rasa nak letak)

Cara memasak:
1. Ambil kulit popia and letakkan pisang yang dibelah dua (xnak belah pon ots okay,hampa yg nak makan kan..)
2.Tabur choc rice or choc masakan diatas @ ditepi pisang tadi.Boley tabur cheeese kalau suka.
3. Lastly lipat kasi cun kulit popia tadi n goreng dalam minyak yang panas.


pampampam!!!!


nie la hasilnya apabila dah digoreng
sebab aku suka benda yang pelik jadi aku rasa benda nie sedap dengan rasa masam manis pisang+coklat




Friday 15 February 2013

Gathering at Merdeka Beach

Hello there (baget gaya anwarhadi)..

And lepas setiap minggu meeting bersama kak mah akhirnya menjadi jugak plan toink toink toink kami yang...yeah you know xberapa hangat tapi hangit..Susah nak gather balik kawan2 yang dah lama tak bersua muka plus some of them yang study jauh,mana yang lost contact or trying to not be remembered..huhhhhhh...whatever..!blablablabla membebel..So after tungging terbalik merapu macam2 tibalah 11February. Our picnic..

Janjinya awal pagi tapi biasakan diri dengan janji Melayu,typical malay reason :P


driver  kami~

Sampai ja terus berposing depan camera..

Itadakimasu~

Selesai makan,sesi bergambar..fuh xpayah cakap,punya syok bergambaq sampai full camera aku budak2 nie buat keja..haha (padahal muka aku ja pen0h)

Sir Zuki~
aku rasa macam comey..erkk

kawan aku pakai macam nak p photoshoot!
Jekaki macho kelas 5sn2

Leeteuk!

Pas zohor aku mencemar duli untuk berpanas demi kak mah yang kepingin nak p Tg Dawai..Habis burn muka mak..~


See  the different b4 n after


Kak mah nak cari benda2 nie kot kat Tg Dawai..hehe


Apalagi dah beli macam balikla..~
Memandangkan muka aku dah macam zombie ka hapa ntah nie..,mak aku dah quarantine aku.Tidak dibenarkan keluar rumah sehingga muka aku okey..Burn paling teruk and paling ketara..Pedih yang amat..


So aku pon beli la gel aloe vera and beberapa jenis sabun khas..semua vitamin aku rembat!


Pesanan penaja: Thanks to pak rawi sudi sewakan van rusa atoknya..to muis yg sudi jadi driver.
                          yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..

bila tiba hari result...

yeah early in the morning gitu..memang normal bila result nak kuar ja memang aku takkan boley pejam mata..rasa macam nak hadap laptop 24 jam.Tidor ja macam2 hal yang singgah dalam mimpi aku..Yang pastinya amat mengerikan adalah REPEAT! just a word tapi azab dia, ya Allah memang terseksa jiwa raga..Alhamdulillah overall semua okey and lulus AKAUN yang sentiasa menjadi aku punya nightmare.

statement aku hari nie unk press in the house : i hate number damn much,but i love money!

ouchs..memang aku tak berjodoh ngan number nie..But still aku kecewa dengan result aku yang tak mencapai  piawaian iaitu misi DEAN LIST..Tapi syukur alhamdulillah Allah tak bagi aku DL but digantikan dengan LULUS akuan n semua subject. Thank you Allah..

Im really proud of myself and yeah sounds weird n watsoever,the fact im carrying 8subjects with 23 full credit hours..#akumemangsukabanggadiri..Tahniah maznah berjaya harungi sem yg penuh subjek n sem depan pon akan lalui benda yang sama,8subj n 23 credit hours..Gambate!

memandangkan dalam mood not in mood, aku teringat 1 lagu..


Lirik Langkah Tercipta - Unic
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka, 
pada hikmah dugaan, 
uji keimanan (menguji keimanan), 
tak dilontarkanNya ujian, 
di luar kekuatan, 
setiap diri insan.
Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

Tuesday 5 February 2013

and..it's mine!

Dulu zaman UiTM Merbok:

aku: baby pinjam mp4..(muka mintak penampar)
dalila: ambik la kema

Boleh dikatakan setiap hari la aku 'ganyah' harta Dalila si roommate aku tue..Maklom la nak beli sendiri tak mampu..Kalau beli pon dah sah2 mak aku 'ligan' dengan penyapu kan..Aku rasa aku memang minta gajet dalam aku tak sedar..Nampak ja benda alah spesis2 gajet terus aku jadi excited macam terlebih makan ubat or overdose! One day I will have an iphone or blackberry..hahah impian kot..And worst, blackberry has launched their new model Blackberry z10.Touch screen and aku dengan tak malunya buat pengakuan "aku akan dapatkan blackberry z10 tue dalam tempoh setahun..which means, February next year."yeah..

bergaya gila kalau hotstuff macam aku pakai benda nie~
                                             

Im about to built my derams and....pooop! ada orang pecahkan awan2 anganku..
Dari bb ke mp4!!!! self conflict,split personalities and apa benda lagi ntah semua dah bercampur dalam otak~
i just dont think too much...and.....

almost 3days it stayed with me.







That's the reason why i really 'hate' my cousin..Thank you so much chaq <3 walaupun macam dah lari dari baget kan..Tapi sebab aku kesian dengan diri aku yang dari dulu mengidam benda nie..But Blackberry z10 is my priority..Akan berusaha untuk dapatkannya walaupun lambat.

I got my digital camera after 5 to six years.(n now people are using DSLR,me with old fashion camera)
I got my first mp4 cap ayam after 5 years.
I got my SONY mp4 after 2 years..

It just a small determination and effort that i put to make them mine!
i'll wait for my bbz10 patiently..

p/s:i'm using my own money. Mak ayah aku xpenah biarkan aku dapat apa2 tanpa usaha sendiri..really proud of myself! Thanks mak N ayah yang telah membuatkan anakanda lebih berusaha diatas kaki sendiri..

sekian