Wednesday 10 July 2013

Bazaar Ramadhan dan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Definisi bazaar Ramadhan
-merupakan tempat menjual pelbagai lauk pauk,kuih muih,air ayaq,nasik nasak dan lain2 juadah untuk berbuka puasa. Bazaar Ramadhan hanya wujud pada 1 Ramadhan setiap tahun.

Buat julung kalinya aku berpuasa sangat jauh dari family iaitu melebihi 2 marhalah atau 90km.Time sekolah menengah dok asrama sungguh dekat dengan baiti jannati. Hanya dipisahkan oleh beberapa petak sawah padi dan sebuah kampung saja. Masuk UiTM Merbok pulak tiap-tiap minggu balik. Tapi sejak dok UiTM Puncak Alam nie....,balik time cuti midsem n cuti sem ja. Sedih sungguh..!

Motive aku membuat entry ini adalah untuk memperjuangkan keseronokan aku masa zaman UiTM Merbok dulu.Sungguh berbeza puasa di Merbok dengan Puncak Alam. Kalau pi bazaar Ramadhan kat Merbok..,fuhh rambang mata nak makan apa..Setiap hari makan benda yang berbeza.Bak kata roommate aku si DAlila tuh, kita kena try semua makanan! Cakap ja nak makan apa, semua ada depan mata,tinggai nak hulur duit ja. Tapi aku pi ja bazaar kat depan rumahku Puncak Alam..,alahai..camni 10 kali pusing pon xjumpa lagi apa yang berkenan dihati..Time2 macam nie lah buatkan aku merindui dan sangat merindui Merbokus yang harum dengan wangian getah setiap pagi..

Rindu Merbok, rindu jus buah RM1, rindu makanan2 yang sedap dan murah diMerbok

Selamat berpuasa semua.. :(

Tuesday 2 July 2013

alkisah DESPERATE STUDENT part I

salam 1 UiTM Puncak Alam..

Alkisahnya bermula dari 29 JUN 2013 iaitu hari pertama FINAL EXAM aku. Didahulukan dengan paper medical terminology yang gah mencabar keimanan dan kesetiaan aku pada paper2 yang lain.Kepayahannya menikam didada menjerit asmara..bergelora... Ish ish..hebat penangan med term pada akal fikiran aku..soalannya ya Allah, punya lah payah..Aku rasa macam dah hafal 1 buku..tapi apasal still tak boleh jawab..??

Episod gelora jiwa aku diteruskan lagi dengan organizational communication pada 1JULAI 2013. B
begitu mendalam kesan soalan final sem nie pada aku..Kali ni serius aku tak paham langsung study case dia.Ok bye A- welcome B-.. :(

Jadi aku dengan penuh rendah diri dengan mengaplikasikan principle of modesty, men desperate kan diri aku untuk berjaya jawab 4 lagi paper smoothly lar..aku sangat desperate untuk menampung kembali kecatatan yang telah aku cipta pada paper 1st and 2nd.