Friday, 27 May 2011

tinggallah pujaan..

Assalamualaikum wbh..

Bueekkkk tajuk tak leh pelihara!Apa kau kesah,blog aku..Dikesempatan ini saya selaku model iklan colgate ingin memohon ampun dan maaf kepada streamix rumah Azman bin Said kerana telah banyak menyusahkan beliau.Terima kasih juga kerana andalah saya dapat online 24 jam,menonton drama dan lain2..Kui3..Nanti cuti saya balik lagi yer streamix ku yang laju bagaikan taufan catrina..Apakan daya masa kita hanya sebentar..Saya pulang Merbok dulu ye ..Jangan nakal2..Kekalkan kelajuan mu k..Hahhhhh..!Malas lak nak check out.Tapi baju2 suma dah packing seminggu awal..Lazy to proud..@#$%

Allooo0h menci nya!Selamat tinggal suma warga2 pematang bamboo..Duduk elok2 taw..Tak gadoh2 tak mo tak mo..Kepada kekasih hati Iena myheart and Min mygirl tinggal baik2..

Dah bukak sem baru nie of course la suma baru..Azam kena baru.Biarlah habis sem 3 ni dengan jayanya aiceh..Yerr tinggal kan segala hiburan duniawi..Lagha2..Tapi..,lani dah pukol 11pg,nak p pkol 3ptg..pensil and pen tak beli lagi..huhuhu~satg la p beli..Kedai depan umah ja pon.hehe..

p/s: fatin briyee wat kerek + touching lak kat blog dy.igt org nak bg simpati kew??
      meh tgk ckit blog dy..http://fatinaidillah.blogspot.com/

SALAM..

Thursday, 26 May 2011

fesyen-fesyen...

Assalamualaikum wbh...

Fesyen memang sinonim ngan wanita kan..Sure hampa suma tak caya yang saya memang sukakan fesyen!!!
Diulang saya suka fesyen!!Hahahaha,,,,....biaq betoi..Jangan tertipu dengan perwatakan saya yang baik lagi low profile nie(kununnya wanita melay terakhir).Saya suka kumpul kasut and handbag banyak2..Pastu mak saya akan bising2!Macam2 jenis kasut n handbag yang saya ada..Untuk ke kelaz sure yang tak berapa tinggi al maklom la bumi merbok tue penuh ngan jalan yang berliku2 dan berbukit bukau..Takut rosak kasutku..Untuk majlis2 rasmi or tak rasmi lain pulak..Saya suka wedges!Sebab dia best and tak sakit kaki kalo pakai nak dibandingkan dengan high heel yang tak stabil tue..Gayat nanti..heheh~@#%


Impian saya adalah untuk menjadikan koleksi handbag dan kasut meningkat pada jumlah yang maksima..!
Bila usia semakin meningkat,dari zaman kanak2 ke zaman remaja,kemudian dewasa,of course kita nak berubah kepada gaya yang lebih sesuai dengan usia..Sekarang ni dah macam2 jenis fesyen dah ada untuk kaum muslimah khususnya..Tapi kadang2 fesyen nie kena tengok jugak.Ada sesetengah tu tak berapa menepati syariat.Pandai2lah kita nak pilih k.

                                                             
                                                                           idolaku





















Jangan pulak kita pi ikut fesyen bonggol unta tue..Ala yang disebut oleh Rasulullah saw tue..
nauzubillah..mintak dijauhkan dari semua nie..
 

Hurmm..fesyen,fesyen jugak,batas perlu dijaga k..Sama-samalah kita berusaha yer..Sebenarnya tak berdosa kita ada sanggul,sebab fitrahnya wanita itu memang berambut panjang.Cumanya jangan lah sampai jadi bonggol unta,sekadar yang boleh kita sembunyikan.Ada jugak yang sanggup beli sanggul palsu semata-mata nak bagi nampak ada sanggul..Macam-macam manusia ni..



Wednesday, 25 May 2011

usaha eskalator kejayaan

Assalamualaikum wbh

"KEJAYAAN BUKAN TERLETAK PADA TIDAK PERNAH JATUH,TETAPI KESANGGUPAN UNTUK TEGAK KEMBALI SETIAP KALI JATUH"
Hari-hari saya tengok benda nie on the way nak pi sekolah dulu..Terpampang besaq punya kat laluan berbumbung dari asrama ke sekolah..Kadang-kadang manusia suka pikir orang yang tak pernah gagal adalah orang yang berjaya..Sayang..,sebenarnya orang yang sering gagal dan bangkit setiap kali gagal adalah lebih berjaya sebab dia akan lebih menghargai kejayaan dan mengambil iktibar dari kegagalan yang lalu.
Sudah menjadi fitrah manusia,manghargai sesuatu yang sukar didapati.Jadi,jika kita gagal,janganlah sesekali berputus asa!Kita kena lebih berusaha agar tak gagal..~Hehehe~renung-renungkan dan selamat beramal..

Thursday, 19 May 2011

untuk tatapan hati yang sedang merindui..

@sslamualaikum wbh..

Tadi masa tengah kemas barang2 lama terjumpak la macam2 jenis surat cintaku zaman sekolah dulu..(bak kata fatin briyee cinta songsang)~hehehe~tapi bukan nak cita pasal surat kat sini..Terjumpa diari pelajar asrama 2006..Ada 1 keratan akhbar yang saya ambik dari sorang kawan nie sebab ayat dia memang jiwang abis..
.DUHAI HATI..macam lagu ina naim lak..
Maka bermulalah sebuah karya...:

"wahai hati yang sedang merindui,apabila kita mencintai seseorang,sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai,apabila kita telah menyayangi seseorang seseungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci.Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup,pengajaran perlu dirasai bila kasih tak berbalas.Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui..
Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu di depan mata,ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki,kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadang kala tak disangka..Kadang kala apa yang kita ingin tak akan sama dengan apa yang kita harapkan,adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama dengan dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah illusi,harapan hanyalah kemaahuan yang cuba kita gapai,sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti...
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang meemberi kita nilai untuk terus hidup,memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan..."

Saturday, 14 May 2011

selamat hari jururawat!

Assalamualaikum wbh..

Hari ini merupakan hari yang istimewa untuk semua jururawat yang ada dimuka bumi ini..HARI JURURAWAT.Kau ingat kau je ada hari,jururawat pon ada gak taw.

Tetiba teringat pulak masa pi interview diploma in nursing kat KUIS n PPUM.Kau adew??Tak de kan..Soalan wajib yang ditanya adalah :what is nursing??Dengan jayanya saya jawab:
 "Nursing is not about helping other person only but it's encompasses autonomous and collaborative care of individuals of all ages,families,groups and communities,sick or well in all settings."
(maklumla,before interview tue memang dah hafal benda2 nie.Siap tulis 1 ketas kajang lagi)
Other candidates pon tekezut taw i bagitau dengan lancarnya.!
Tapi rezeki ni Tuhan yang tentukan,so tak dapat la jadi nurse.Tapi..,tahukah anda bagaimana boleh munculnya insan-insan yang bergelar jururawat ni??Sejarahnya macam ni..

Actually we noticed that mostly woman yang involve in this field right..?Kalau nak tau nursing was introduced by a woman from Florence,Itali.Nama dia pun ala-ala nama tempat tinggal dia jugak.Florence Nightingale.A sensitive and cheery woman.Pada kurun ke 18 Masihi bidang kejururawatan tak berapa bagus and kebanyakan nurse daripada keluarga miskin.So, Florence Nightingale pun memperjuangkan bidang walaupun dapat tentangan keluarganya until Crimea War yang banyak mengangkat jasa dan bakti beliau sebagai jururawat.
Beliau berusaha membersih dan menjaga hospital yang usang lagi kotor plus jijik dan mengajar para jururawat cara merawat dan menekankankaedah perawatan yang betul.

TAPI KAN KORANG SUMA..Tau tak ada seorang lagi wanita sebelum Florence Nightingale ni??Rufaidah binti Sa'ad Al-Aslami.
Beliau berasal daripada suku Khazraj dan merupakan anak seorang tabib(doktor).Ketika Kota Madinah dalam proses berkembang,Rufaidah RA mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit dan membina khemah  di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai.Dan ketika perang Badar ,Uhud,Khandaq dan Khaibar beliau menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang.Nabi Muhammas saw sendiri memerintahkan perajurit yang cedera  dirawat olehnya.

Begitulah alkisahnya jururawat ni.Dulu saya memang berkobar-kobar nak jadi nurse sebab saya sangat sakit hati bila our Malaysians compared our nurses with other nurse from overseas!And of course i hangat hati weyh! I ingat nak ubah persepsi orang terhadap nurse kita but..,I pon kutuk jugak.Bukan apa,ada ke patut orang tengah sakit nak jumpa doktor nurse tue layan kasar.Dah tu buat muka masam.Hadoo0ii kak oii bertambah sakit saya taw tengok muka akak yang macam cucoq udang basi nie.

Walaupun TAK SEMUA nurse yang macam tu kat Malaysia ni tapi ingatlah,jangan sebab nila setitik rosak susu sebalanga yerr.Kesian kawan saya si Fatin,Trah and Hazimah tue..Niat baik nak jadi nurse.Aim depa pun macam saya jugak.

nur akma azman

Monday, 9 May 2011

the truth that i can't deny

Assalamualaikum wbh..

We meet again.Almost two month i'm having a great holiday.Home sweet home.But,i have to say that i really miss MERBOK! Huh.Rindukan kawan2 saya kat sana especially my kind-hearted roommate and of course my special PL3D friends.Miss you guys damn much!Tak sabar nak jadi senior year student for foundation and...i can't wait to work harder than last sem.Saya idamkan 4 RATA.(actually my uncle yg cabar i,poyo je)

Dia ingat nak dapat 4 RATA tue senang macam masak megi cup ka?Hurgghh tal boleh bayang macam mana la saya nak belajar economy and critical issue nanti..I repeat, ECONOMY.Number and number.Again and again.

warga PL2D yg dirindui
universiti kau adew tempat mcam nie??belakang tue gunung jerai

            




Huhuhu~Rindu nyerr..Macam scary pulak sem 3 nie.Hadoiyyai.Yang penting bau getah memang tak boleh tahan la..Hahahaha!Kau adew??
Menghitung hari detik demi detik untuk ku pulang ke Merbok.Aiceh..Apa yang saya rindu sangat ye??~Jeng jeng jeng~

Friday, 6 May 2011

euuwww! gelinyaa!

assalamualaikum wbh..

Tahukan anda apa itu memasak?? Memasak adalah satu kata kerja atau verb ya..Pernahkah anda memasak?Yerr soalan cepu mas.Well saya bukanlah pro sangat memasak nie but boleh tahan la.Tapi last week saya kantoi dengan suami cousin ,abang mizi.Hahahaha! Dia lagi pro masak,pastu siap boleh hias2 kasi cantik lagi..!Kau adew??!Cita dia macam ni.Saya pegi kenduri cousin,i called her Kak Na then saya tolong diorang masak makanan pengantin(walaupun saya pengapit)tiba-tiba...Argghhhhhhhh!mak cik ada cacing kat dalam kobis nieh..!huuuuuuuu!takowtt la..!Bukan sekor tapi berekor2 taw..!Naseb mak tak pengsan u..

Dah tu aksi sponta saya tue dijadikan bahan jenaka depa pulak..Huh!Siap la..Eleh my aunt tue takut cicak menjerit-jerit macam nampak hantu..Hahaha!Okie cacing serta kaum kelurganya seperti ulat,lintah and pacat memang euuwwww!!Gelinya..!Saya memang takut and geli dengan depa nie..Boleh pengsan i..Sebab tue saya tak suka potong sayur! Saya suka masak spegeti ja.Senang tak payah susah-susah nak letak sayur yang banyak ulat and cacing tue..

nur akma azman

SeSuCi syaHaDaH

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..!

Hah hamik panjang bebeno lew..In my point of view,i believe that everybody have their own experience of LOVE..Beso punyerr heart!
Bukan love yang kat sebelah nie yang saya cuba perjuangkan but,satu cerpen yang saya baca di http://www.iluvislam.com.Sangat touching..Well i memang suka touching2 nie..Jom kita baca..Kalau suka vote yer..Kalau xsuka pun xpew..Aiman tak kisah..:



Subuh yang dingin ditemani gerimis yang masih renyai, namun angin melepasi jendela meyapa pipi gadis itu seakan-akan  menunjukkan tanda-tanda ia masih belum mahu berhenti.
Golongan insan yang pertama akan menganggap gerimis ini adalah musibah yang menjadikan gerak hidup untuk mencari rezeki adalah sukar, hatta sukar juga bagi mereka melakukan aktiviti harian yang kadang kala menjadikan mereka lupa kepada Maha Pencipta.
Namun golongan insan yang kedua pula menganggap ia suatu rahmat, rahmat yang menyejukkan rekah-rekah bumi, rahmat yang mengisi kegembiraan bagi setiap tumbuhan dan binatang yang sudah lama mendambakan gerimis bagi memenuhi kitaran hidup mereka.
Bagaimanakah dengan diri ku? Hati kecil ini dahulunya pernah menjadi golongan yang pertama, hati yang menolak segala keindahan ciptaan Tuhan, hati yang sentiasa menyalahkan tiap kejadian Penciptanya.
"Arrrggggggghhhhhh... Habis lencun baju aku. Musim hujan tak menentu, selalunya hujan lepas Asar, tak sangka pulak lepas Zohor dah berdentum guruh di langit," keluh Azhar.
"Hahahaha... Siapa yang ajak berlari tadi? Engkau jugakkan? Padan muka kita, dahlah tak pernah nak berpayung," kata Haziq membidas.
"Habis tu, paper last ni engkau nak burn? Lagipun mana macho 'jantan perkasa' bawak payung!" Bidas Azhar sambil kedua sahabat karib ini tertawa serentak.
Azhar dan Amir Haziq merupakan sahabat karib sejak tahun satu mereka mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Kimia Industri di Universiti Teknologi Malaysia. Kebetulan pula mereka juga sekolej di Kolej Rahman Putra. Persahabatan mereka amat akrab sehingga mereka digelar sebagai kembar tidak seiras.
"Eh, apa sudah jadi dengan engkau berdua ni? Dah tua-tua macam ayah orang pun nak main hujan lagi ke," celah Airin, seorang siswi cantik berbangsa Cina .
Amir Haziq yang duduk di sebelah Azhar dengan pantas mengambil beg kuliah yang selalu dibawanya lantas memeluknya bagi mengelakkan susuk tubuhnya yang lencun berkemeja T cerah daripada dilihat.
Azhar pula tidak gusar kerana baju kain kasa yang dipakainya berwarna gelap. Airin yang sedar dengan perilaku Amir Haziq melarikan pandanganya ke sudut hujung pintu dewan peperiksaan.
"Kamu tidak sejuk ke nanti waktu dalam dewan yang ber air-cond tu? " Pintas Nabiha selaku rakan sekelas yang juga merupakan ahli jawatan kuasa Kolej Tun Fatimah.
Azhar dan Amir Haziq cuma tersenyum memandang sesama mereka sambil menggigil kesejukan. Dalam masa yang sama pintu dewan pun sudah terbuka, dan para siswa dan siswi berpusu-pusu masuk ke dalam dewan mendapatkan tempat masing-masing.
Keempat-empat sahabat tersebut lantas bangun untuk turut sama memasuki dewan tersebut. Beberapa tapak sebelum kaki melangkah masuk ke dalam dewan, Amir Haziq terdengar satu suara, "Good luck Haziq." Tanpa menoleh dia amat yakin suara itu adalah suara siswi yang bernama Airin tadi.
Sebagai siswa dan siswi tahun akhir, banyak tugasan yang perlu disiapkan termasuklah Projek Sarjana Muda (PSM). Berbanding dengan pelajar tahun pertama, mereka selalunya diperkenalkan oleh barisan kepimpinan fakulti dengan istilah First Year Experience (FYE). Berlainan pula dengan pelajar semester akhir, mereka amat takut sekali dengan istilah FYE yang juga dikenali sebagai Final Year Extension.
Disebabkan itu mereka berusaha sehabis mungkin bergraduan dengan segulung ijazah lantas bergelar mahasiswa.
"Mahasiswa adalah pinjaman kepada universiti untuk memenuhkan ilmu di dada lantas apabila mereka telah keluar mereka mampu membela nasib masyarakat," monolog Haziq sendirian sambil tersenyum simpul melayari Blog Pelayarilmu.blogspot.com.
"Oit hang ni Haziq, orang lain duk sibuk tengah siapkan report akhir PSM hang pula sempat baca blog? Mana Airin dan buah hatiku Biha?" Azhar yang entah muncul dari mana tiba-tiba menjengah dalam keasyikan Haziq. Lantas Haziq memberikan sedikit ruang untuk sahabat karibnya itu duduk di sebelahnya.
"Hahaha, apalah engkau ni, jangan bertepuk sebelah tangan sudahlah, lagipun engkau dah bersedia ke tanggung dosa sebagai pemimpin keluarga?"Haziq ketawa dengan sedikit nada bersahaja namun mempunyai maksud mendalam.
"Dosa? Dosa apa pulak ni? Hang jangan berbunga-bunga boleh?" Tanya Azhar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Semalam, aku ada bukak you-tube cari lagu kumpulan Edcoustic, mana tau terserempak pulak dengan video Ustaz Azhar Idrus punya ceramah. Haa... kan sama dengan nama kau tu, Cuma kau takde jambang macam dia je."
"Engkau ni nak mengata aku ke apa? Ish... geram betul! Cerita je lah, toksah pusing-pusing." celah Azhar. Dalam masa yang sama Airin dan Nabiha turut hadir dan duduk di hadapan siswa berdua itu.
"Maaflah kami lewat, makan di Arked Meranti tadi," Nabiha memulakan bicara. Arked Meranti memang terkenal dengan tempat untuk pelajar mendapatkan makanan dengan harga yang amat berpatutan.
"Alamak, nantilah kita sembang. Segan aku dengan diorang ni, lagipun nanti PA kita menjengah nanti tak ke haru nanti," Haziq bertingkah mencari helah untuk tidak memanjangkan topik.
"Haziq, awak sendiri kata dulu, kalau ada ilmu jangan kedekut. Cakap tak serupa bikin," sambil memulangkan paku buah keras, Airin memuncungkan mulut sebagai tanda protes.
"Bak kata Upin dan Ipin, betul! Betul! Betul!" Nabiha turut menunjukkan minat lantas membuatkan Haziq rasa serba salah.
"Baiklah sahabat bertiga ku sekalian, lain kali sebelum menyampuk bagi salam dulu, sebelum tu Airin, kalau awak tak faham awak dipersilakan untuk bertanya," seperti biasa Haziq melepaskan pandanganya jauh tidak memandang Airin dan Nabiha.
"Begini, saya dengar satu video ceramah dari Ustaz Azhar Idrus, seorang wanita apabila dikahwini, suaminya bertanggungjawab menanggung dosa yang dilakukan isteri selagi lelaki itu tidak cuba menegur isterinya daripada melakukan kesalahan."
"Owh, macam tu.. susah jugak jadi suami ni. Banyak benda kena fikir, aduhai," keluh Azhar.
"Itulah siapa suruh lelaki suka berjanji bukan-bukan, waktu couple, bulan bintang dikatakan boleh digapai, tapi lupa yang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin terlampau besar," sedikit tinggi nada yang Nabiha tekankan. Azhar pula kini tunduk menahan rasa rendah hati.
"Itulah malangnya apabila semua itu bertunjangkan nafsu semata, " Haziq menambah.
"Nafsu? Normallah kan?" tingkah Airin mohon penjelasan
"Airin, nafsu ada baik buruknya, yang buruknya jika nafsu ini hanya berlandaskan akal tanpa menimbang baik buruknya, bagi yang baik dia sentiasa melakukan sesuatu dengan waras. Sebagai contoh yang kurang patut, si boyfriend  sanggup pakai kemas dan bergaya sampai habis minyak wangi berbotol-botol semata-mata ingin bertemu dengan buah hati, tetapi apabila menghadap Tuhan, kain pelikat tanpa baju cukup bagi jejaka ini sebagai syarat solat, nak sedekah pun macam Haji Bakhil.. Ops maafkan saya Airin kalau kau kurang mengerti," Haziq terlupa yang Airin bukanlah beragama Islam.
"Its ok Haziq, I understand what you are talking about, keep going ," Airin menongkat dagu menunjukkan minat.
"Disebabkan itu kebanyakan selepas berkahwin banyak pasangan yang tidak sehaluan, maniscouple  telah habis, yang tinggal caci maki, malangnya kalau ada kes cerai berai, kejarkan sangat harta dunia tanpa mempedulikan agama, dan anak-anaklah yang menjadi mangsa. Bertambah malang lagi zaman sekarang ini kes pembuangan bayi merata-rata."
"Eh, kenapa mata kau merah Airin?" sampuk Azhar. Haziq menghentikan hujah apabila melihat mata  Airin mula merah bergenang air mata. Dalam hati Haziq terasa ingin tahu, apa yang berlaku sebenarnya.
"Tidak ada apa-apa, masuk habuk je," balas Airin sambil mengesat mata dengan tisu yang dibawa.
Tak..! Tak..! Tak..! Bunyi kasut tumit tinggi yang menghampiri membantutkan perbincangan empat sahabat itu, Pn Rohaida penasihat akademik (PA),  yang juga merupakan penasihat projek sarjana muda bagi empat sahabat ini. Beliau adalah seorang pensyarah yang amat penyayang dan memahami.
Suasana petang itu membawa seribu tanda tanya dalam hati Amir Haziq. Apa disembunyikan oleh Airin. Airin merupakan seorang gadis yang lahir dalam keluarga yang mewah. Sikap gadis itu sukar diduga. Kadang kala kesopanannya mengalahkan perempuan melayu yang dikenalinya. Tetapi setiap kali dibawa topik mengenai ibu bapa dia akan cuba melarikan diri dan kadang kala marah. Namun petang itu membawa suasana yang berbeza apabila air mata yang mengalir. Dia dapat merasakan duka yang terpendam di sebalik mata cantik gadis itu.
Dalam tidak semena-mena hati Haziq berdebar? Hatinya membentak keras dan bermonolog."Aku jatuh cinta? Itulah kau ni Haziq tak menjaga pandangan. Panahan mata berbahaya! Mampu menggugah iman! Tapi apa salahnya andai aku ikhlas... Lagipun tidak lama lagi aku akan bergraduan, dan tidak salah andai aku mula mencari pelengkap hidupku... Argghhhh!!! Mustahil  Haziq, mustahil! Dia bukan Islam!, dia Ateis! Dia sendiri mengatakan itu di hadapan kelas ketika kelas Hubungan Etnik 2 tahun yang lalu sehinggakan pada waktu itu dia mencerca semua agama, dan disebabkan itu dia dihadapkan ke hadapan pensyarah-pensyarah kanan fakulti," Haziq beristirfar panjang jauh di sudut hatinya.
Petang itu beberapa orang pelajar sibuk membersihkan peralatan ujikaji di makmal eksperimen untuk dipulangkan semula. Ini adalah bagi memudahkan urusan bagi pelajar akan datang yang akan menggunakan peralatan-peralatan tersebut bagi menyiapkan PSM mereka.
"Awak pun datang  kemas barang eh? Mana Biha dan Azhar?" Airin memulakan bicara.
"Tak adalah, saya tengah cuci baju dalam makmal ni..  Mereka dah datang pagi tadi rasanya." Haziq yang berada berhadapan dengan meja Airin sedikit berjenaka sambil menyusun peralatan dengan cermat.
"Nak tanya awak boleh?" Pertanyaan itu diikuti dengan anggukan kecil sang jejaka itu.
"Bila awak bersembang dengan saya bahkan hampir dengan semua perempuan susah nak tengok awak pandang muka, kenapa?" sambungnya.
"Owh, macam ni..  Islam mengajar kami untuk menjaga pandangan mereka terhadap yang bukan mahram, maksudnya macam saya dengan awak, dan perempuan yang lain yang tiada pertalian darah dengan saya, tetapi tak adalah sampai terlanggar tiang atau terhantuk dinding, cuma sekadar mengelakkan berlakunya perkara yang tidak elok," Haziq mempermudahkan penerangan untuk difahami.
"Hmm, tapi kenapa zaman sekarang ni yang dikatakan zaman yg tinggi ilmunya, canggih teknologinya , tapi banyak pula kes-kes macam yang awak kata waktu perjumpaan PA hari tu. Sedangkan kita semua diajar dengan pendidikan agama sejak sekolah, dan hampir semua dikatakan mempunyai agama masing-masing, bukankah agama itu mengajar kepada kebaikan?!" sedikit tinggi nada gadis itu.
"Kalau macam ni nampaknya awak salahkan prosedur eksperimen yang menggagalkan produk awak berbanding pelaku eksperimen" sindir Haziq
"Saya tak faham, maksudnya?" Airin kembali tenang
"Airin... dalam membuat eksperimen, kita telah diberi segala prosedur dan senarai barangan yang patut kita gunakan. Cuma kadang-kadang kita nak cepat siap sampai abaikan beberapa langkah atau tidak berhati-hati, cuai dan leka. Apabila gagal kita akan meyalahkan prosedur yang leceh dengan mengatakan, tak faham, pelik dan sebagainya sedangkan semua itu silap kita sebagai pelaku," Haziq petah menggunakan analogi yang amat yakin Airin akan fahami.
"Menarik... saya faham analogi awak, tapi apa kaitan dengan apa yang kita bincang tadi? " Airin meminta  kepastian.
"Macam dalam situasi sekarang, unsur-unsur barat yang sekular memisahkan agama dari aspek keduniaan telah  menguasai dunia, memang kemajuan secara fizikal yang kita nampak, tapi akhirnya dunia barat sendiri mengakui, lama-kelamaan masalah sosial telah meningkat, mereka mula pening memikirkan bagaimana untuk menghidupkan generasi sekarang yang telah lemas terkapai-kapai, dan negara kita, masyarakat kita, bahkan diri kita sendiri telah terkena kesannya," Haziq berhenti seketika sambil menghela nafas.
"Awak telah melihat dan telah menyalahkan agama kerana pelaku yang tidak bertanggungjawab, sedangkan agama telah menyediakan aturcara yang hidup yang lengkap, Islam sendiri mengajak penganutnya mengejar dunia tanpa meninggalkan kebajikan untuk dunia selepas mati, maafkan saya andai kata-kata saya sedikit melukakan hati awak," sambung Haziq.
"Maafkan saya, betul kata awak, dahulu semua tamadun bangkit kerana agama  tetapi sekarang tamadun pada masa kini dibina kerana mengejar keduniaan semata menyebabkan agama  dipinggirkan, tapi awak tak faham apa yang berlaku dalam hidup saya!!" Sekali lagi air mata gadis itu mengalir.
Kali ini gadis itu terus berlalu pergi meninggalkan Haziq dengan seribu persoalan. Amir Haziq menyusuri  pemergian itu dengan mesej yang dihantarnya, melalui sms.
'Saya adalah sahabat anda, saya sudi mendengar apa yang terpendam dalam hati anda, jangan takut akan masalah yang datang tapi hadapilah demi membina jalan yang terbaik untuk masa hadapan, sama-sama kita membina jalan itu'.
..............................................................................................................................
Jam menunjukkan tepat 12 tengah malam, secawan kopi sederhana pekat menjadi teman penyegar mata yang meminta-minta untuk dilelapkan, di hadapan komputer bimbit, jari-jemari sang pemuda lincah menekan papan kekunci. Sesekali beberapa nguapan kecil yang dilindunginya dengan tangan disusuli dengan ucapan istirfar. Di atas meja itu, beberapa ruang dipenuhi oleh bahan bacaan berbentuk ilmiah seperti, buku motivasi, novel, al-Mathurat, dan sebuah al-Quran kecil berwarna merah terletak rapi di sudut hujung meja.
Amir Haziq masih lagi tekun menyusun, menghapus dan mengemas kini folder-folder mengikut keselesaan. Skrin komputer bimbitnya yang dahulunya berserabut kini mula tersusun kemas.
Kling!!!!!!
Bunyi tersebut menandakan satu mesej telah masuk ke dalam peti simpanan. Mata Amir Haziq kembali segar dengan beberapa persoalan menjengah ruang minda. Siapa yang mesej aku malam-malam buta ni? Lagipun semester pun dah tamat. Tetikus digerakkan ke butang peti simpanan lantas terpapar nama penghantar 'Princess_airin'.
"Haziq,
Terima kasih atas mesej awak hari tu, saya rasa segan kerana menangis di hadapan awak. Terima kasih kerana menganggap saya sebagai rakan awak. Haziq, saya tak tahu kenapa tapi saya rasa saya boleh percayai awak, yakin dengan awak untuk saya menceritakan segala yang terpendam dalam hati ini.
Ayah dan ibu saya adalah berbangsa Cina, mereka berkahwin setelah terlanjur dalam perhubungan, dan lebih malang ibu saya telah mengandung pada ketika itu. Ayah saya adalah seorang kaki perempuan dan juga seorang penganggur yang suka menghabiskan masanya dengan berjudi dan minum arak sehingga mabuk. Manakala ibu pula seorang gadis liar pada ketika itu.
Ayah saya memaksa ibu saya untuk menggugurkan kandungan kerana mereka bukanlah saling mencintai  dan telah mengandungkan saya tanpa niat. Tapi bila atuk saya mengetahui tentang perkara ini dia melarang ibu saya dari melakukan proses penguguran tersebut.
Atas desakan atuk, ibu dan ayah melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang meriah kerana menyayangi ibu sebagai anak tunggalnya. Atuk berharap sikap ibu dan ayah akan berubah setelah berumahtangga. Setelah ibu melahirkan, dia membiarkan saya dalam jagaan nenek dan atuk.
Setelah saya berusia 13 tahun, atuk dan nenek pergi selamanya dalam suatu kemalangan dan saya tinggal bersama ibu. Ibu yang mewarisi perniagaan atuk sering pulang lewat ke rumah. Ayah pula akan pulang apabila kehabisan wang dan dia sering pulang dalam keadaan mabuk dan kadang- kala dibawanya  perempuan lain ke rumah.
Lebih malang lagi sesekali ayah akan membawa perempuan melayu untuk melakukan perbuatan keji dan jijik itu. Apabila Melayu sudah tentulah Islam! Lantas sejak itulah saya mebenci Islam dan semua agama di atas muka bumi ini. Disebabkan itu apabila setiap kali di sekolah saya akan membantah dan mencaci setiapkali isu agama diperbincangkan dalam sesi pembelajaran. Disebabkan itu saya tidak mempunyai rakan.
Di rumah seringkali saya menjadi mangsa penderaan ayah.  Pernah suatu hari saya cuba diperkosa namun berjaya menyelamatkan diri. Sejak itu saya membenci ayah.
Ibu pula tidak pernah mengambil berat, mungkin kerana saya adalah hasil dari keterlanjuran tanpa cinta.  Ibu hanya memberi wang saku bulanan ke dalam akaun simpanan.
Saya hidup dengan kemewahan tetapi tidak pernah merasai kasih sayang dari ibu dan bapa.
Sayalah anak yang dikatakan HARAM  di sisi manusia, anak yang membenci kepada ibu bapa, tidak percaya kepada lelaki, tidak percaya kepada rakan-rakan, anak yang merasakan tiada keadilan di dunia ini, yang merasakan dunia ini adalah kejam dan keji, seolah-olah agama tidak perlu wujud di dunia ini.
Tapi saya amat berterima kasih dengan Nabiha kerana sentiasa bersabar dengan karenah saya selama saya menjadi teman sebilik dengannya.  Walaupun pada mulanya saya langsung tidak mengendahkannya namun dia tak pernah membenci saya. Dan kebencian saya dia hilang apabila suatu hari saya jatuh sakit dan hanya dia yang sudi menjaga saya di hospital. Waktu itu saya mula merasai kasih sayang seorang rakan.
Awak pula Haziq, saya tak tahu kenapa dengan saya akhir-akhir ini, saya berasa senang untuk bertanya dengan awak, senang melihat cara awak dalam berurusan. Membuatkan hati saya tersentuh dengan perlakuan yang sederhana.
Awak tidak seperti beberapa orang Islam yang sebelum ini cuba mengajak saya ke dalam Islam. Ada antara mereka yang sering memarahi saya ketika saya mencaci Islam. Tetapi awak tidak, awak tidak pernah memarahi saya. Bahkan saya yang sering memarahi awak.
Jujur pada mulanya saya benci awak sebagaimana saya telah hilang kepercayaan terhadap lelaki. Tapi awak telah hilangkan kebencian itu dengan kesederhanaan awak. Daripada saya yang menolak sebarang kepercayaan, awak telah mengubah saya tentang perlunya Tuhan.
Jujurnya saya telah jatuh hati pada awak. Jika awak tidak keberatan saya sudi untuk menjadi isteri dan mempelajari apa itu Islam. Maafkan saya andai saya mengganggu awak. Selamat malam."
Hati Haziq sebak dengan apa yang menimpa gadis itu, ada air mata yang terbit dari pupuk mata. Namun ayat-ayat yang terakhir membuatkan hati Haziq berdebar-debar. Lantas tangannya menari rancak di atas papan kekunci
"Airin, terima kasih memberikan kepercayaan awak kepada saya, jujur mendengar cerita awak membuatkan saya sedih sehinggakan air mata saya turut mengalir. Benar, saya tidak mengajak awak kepada Islam, tetapi saya mengajar awak dengan Islam. Saya yakin andai kefahaman terpahat dalam hati awak nescaya awak sendiri akan tertarik akan Islam.
Terima kasih juga kerana meluahkan perasaan kepada saya, saya yakin cinta awak suci, namun hati ini sudah dimiliki. Saya meminta maaf kerana tidak dapat menerima kesudian awak terhadap saya dalam situasi begini. Saya meminta agar kita terus bersahabat dan jika awak ingin mempelajari Islam saya berjanji saya akan membantu awak setakat selayaknya saya.
Selamat malam sahabat."
Airin yang baru sahaja membaca mesej tersebut tidak tertahankan air mata dari mengalir sambil hatinya berbicara "Dia seorang lelaki yang baik dan aku bukanlah layak baginya".
......................................................................................................................................
Di pengakhiran semester sudah menjadi lumrah jemaah pelajar yang akan mengisi ruang solat Masjid Sultan Ismail akan berkurangan. Masjid tiga tingkat yang terletak di tengah-tengah Universiti Teknologi Malaysia menjadi lambang nadi pendidikan. Di bawah lampu chandeliar yang juga ruang tengan masjid itu terdapat seorang hamba Ilahi yang tenggelam dalam keasyikannya berdoa sesudah melakukan ibadat sunat ba'diah selepas solat Isya' yang dilakukan secara berjemaah sebentar tadi.
"Assalamualaikum, Abang Haziq. Kaifahaluka?" beberapa pemuda datang menghampiri menghulurkan salam lantas duduk berhampiran dengan Haziq membentuk bulatan kecil.
"Waalaikumussalam, Alhamdulillahanabilkhair, kamu semua sihat?"  sedikit tersenyum Haziq menjabat salam yang diberi.
"Kami semua insya-Allah sihat je Abang Haziq, Abang bila pulang ke rumah?"  Kamil Alif memulakan bicara.
"Insya-Allah esok malam."
Haziq merupakan bekas Exco Kerohanian di Fakulti Sains dan sering melibatkan diri dalam beberapa program Islamik yang dianjurkan dalam universiti.  Sikap yang sederhana sentiasa membuatkan dia disenangi ramai orang.
"Dengar cerita, Abang   kemungkinan besar akan bergraduan dengan first class degree, kongsilah dengan kami sedikit tips yang dapat dipraktikkan dan amalkan bersama  dalam gerak kerja kami kelak" pintas Hafiz Hakimi disambut ketawa kecil oleh yang lain.
Haziq merupakan pelajar yang disegani kerana dia dapat mengimbangkan prestasi akademik dan juga aktiviti berpersatuan dan sentiasa mendapat keputusan peperiksaan dengan pointerkelas pertama sepanjang tahun pengajiannya.
"Mana tahu ini kali terakhir kami dapat bersama dengan Abang, lepas ni mungkin Abang jadi 'orang besar' sampai tak teringatkan kami di sini," Amran juga tidak melepaskan peluang untuk berkata-kata.
Kamil, Arif, Hafiz dan Amran merupakan pimpinan majlis tertinggi dalam salah sebuah persatuan Islamik dalam universiti itu. Kebanyakan mereka pernah bergerak kerja dengan Haziq dalam program-program kerohanian. Disebabkan itu mereka amat rapat walaupun berbeza umur dan kos pembelajaran.
" Abang rasa, kamu semua lagi arif dalam sudut dalil naqli berdasarkan hadis dan al-Quran, Abang  tidak perlu katakan lagi. Tapi dari sudut aqliAbang kurang menyenangi dua sikap mahasiswa dalam menuntut ilmu."
Kata-kata Haziq berjaya menarik lagi perhatian empat bersahabat itu.
"Pertama, Abang cukup tidak suka apabila terdapat sesetengah daripada kita berpendapat bahawa melakukan aktiviti berpersatuan, berdahwah, berusrah merupakan pembaziran masa dan kita di sini perlu tumpukan sepenuh perhatian kepada urusan pembelajaran semata-mata".
"Kedua, Abang tidak berapa gemar apabila antara kita yang terlampau sibuk melakukan aktiviti, dikatakan faqih dengan Islam. Namun apabila mereka tidak berjaya dalam peperiksaan, mereka akan mengatakan semua ini adalah dunia, tidak penting, sekadar lulus tidak mengapa," kesemua mendengar menganggukkan kepala.
"Amran, cuba buka surah al-Qasas kalau tak silap Abang, ayat ke-77 dan bacakan makna ayat," Amran tanpa berlengah membuka cermat dan melopori muka ayat yang ingin dicari.
"Carilah apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu kebahagiaan kampung akhirat dan janganlah engkau melupakan kebahagiaanmu daripada kenikmatan dunia." Amran membaca ayat tersebut satu persatu.
"Allah sendiri menyuruh kita seimbangkan dunia akhirat. Abang bukanlah sentiasa berjaya, Abang pernah gagal suatu ketika dahulu. Abang juga pernah berada dalam kejahilan. Musuh utama kita adalah diri sendiri. Abang sentiasa berpegang, andai Abang gagal, Abang tidak mahu gagal dalam penyesalan. Biarlah Abang gagal setelah Abang berusaha sehabis mungkin." Haziq menghabiskan ucapannya.
"Benar, sedangkan wahyu pertama yang turun juga adalah surah al-Iqra yang menyuruh Baginda membaca."  Kamil menyokong.
"Saya teringat satu hadis di mana amalan anak Adam yang tidak akan putus hingga akhirat ada tiga perkara, doa anak yang soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat." Hafiz menambah.
"Sedangkan Baginda S.A.W. menyatakan 'sampaikanlah padaku walau satu ayat' betul tak?" semua berada di situ mengangguk akan pendapat yang Arif berikan. Malam itu ukhwah antara mereka semakin terikat erat.
Malam itu Haziq pulang dari masjid ke kolej penginapan dengan berjalan kaki kerana motorsikalnya sudah dihantar ke rumah pada pagi tadi. Walaupun tadi dia dipelawa untuk ditumpangkan oleh sahabat berempat yang berhalaqah di masjid, namun dia menolaknya dengan alasan ingin mengambil angin buat saat-saat akhir bergelar mahasiswa di universiti itu.
Entah mengapa malam itu langit bumi UTM penuh dengan bintang. Jalan-jalan fakulti yang disusuri dirasakan sunyi sekali, lampu yang terpasang sangat sedikit, tidak seperti hari-hari kuliah menandakan kebanyakan pelajar telah pulang ke rumah.
Lampu jalan utama pula kebanyakan tidak terpasang tanpa tahu apa sebabnya.
Sewaktu menuruni jalan yang berbukit menghampiri jalan utama, Haziq melihat sebuah kenderaan yang tidak berlampu mungkin kerana rosak sedang dipandu laju keluar dari selekoh Arked Meranti.
Dalam kesamaran itu juga dilihat seseorang berpakaian gelap sedang melintas menyusuri jalan utama. Haziq merasakan yang pemandu kenderaan tersebut tidak akan sempat mengelak kerana keadaan jalan yang gelap. Haziq berlari pantas sambil menjerit ke arah insan tersebut.
Bummm!!!!!!
Haziq tercampak ke belakang kenderaan. Darah mengalir dari telinga dan hidung. Gadis yang melintas berjaya ditolak ke tepi. Tetapi Haziq tidak sempat melonjakkan diri mengelak dari dilanggar. Gadis itu seakan dikenali. Ya, gadis itu adalah Airin.
"Haziq!!!" dengan spontan Airin berlari mendapatkan Haziq. Dia keliru, dia takut, tidak tahu berbuat apa-apa. Cuma air mata yang mengalir. Pemandu kenderaan yang melanggar tadi telah memecut pergi, mungkin kerana takut. Tiada kenderaan lain yang lalu lalang. Airin berlutut di sisi Haziq sambil menjerit meminta pertolongan. Tangannya yang terkulai itu bergerak-gerak seakan menunjuk ke arah beg bimbit kecil yang selalu dibawanya. Beg itu tercampak tidak jauh sisi Haziq.
"Ashadu allaa ilaaha illa (A)llaah, wa ashadu anna MuḼammada(n) rasuulu (A)llaah,"
Perlahan kalimah itu diulangi payah beberapa kali oleh Haziq seakan-akan syahadah itu bukanlah untuknya tetapi adalah milik Airin.
Beberapa kali darah tersembur keluar dari mulut Haziq. Dengus demi dengus semakin kasar kedengaran. Tidak ubah seperti haiwan yang mendengus selepas baru sahaja disembelih. Namun di saat itu kalimah 'Lailahaillallah' masih meniti di bibir tanpa henti.
Sebuah kereta sewa berhenti untuk memberikan pertolongan, namun belum sempat diangkat masuk Haziq telah menghembuskan nafasnya buat kali yang terakhir. Gadis itu bingung, cuma air mata yang mengalir deras membasahi pipi.
"Ya Allah, aku memohon kepadamu tempatkanlah dia di kalangan orang yang mendapat keredhaan-Mu, kurniakanlah dia bidadari Syurga yang layak baginya, dan kurniakanlah diri ini keampunan dan hidayah-Mu," pohonnya dengan khusuk.
.........................................................................................................................................
Amirah Haziqah binti Abdullah, nama yang menggantikan nama dulunya Airin, nama yang diambil sewaktu gadis itu mengucapkan syahadah menjadi kenangan buat Amir Haziq yang membantunya mencari sinar di sebalik kegelapan hidup dirinya. Gadis itu masih berteleku di atas sejadah menyelak helaian al-Quran tafsir kecil berwarna merah kepunyaan Haziq. Sesudah selesai dia membuka sebuah diari lusuh yang menjadi temannya mengumpul kekuatan.
"Selamat malam diari kesayanganku, malam ini engkau sekali lagi berjasa untuk aku meluahkan perasaanku, gadis itu.. Airin telah menceritakan kisah hidupnya kepadaku, aku tidak dapat menahan air mataku dari tumpah apabila mendengar ceritanya. Aku amat simpati terhadapnya. Apa yang mampu aku lakukan? Aku juga insan biasa.
Tidak!!! Dia tidak jijik. Bahkan dia seperti bayi yang suci andai hidayah Allah miliknya.
Diariku, hati ini telah dilamar oleh dia, aku cukup takut andai aku mendekatinya bukan kerana ikhlas mengajarkan Islam tetapi aku takut aku dekat padanya kerana hawa nafsu..
Airin,
Benar hati ini sudah dimiliki..
Hati ini telah dimiliki oleh Allah dan Rasul-Nya..
Dan hati ini sentiasa inginkan agar hati engkau juga dimiliki-Nya..
Aku benar berharap kalimah suci 'lailahaillallah' meniti di bibirmu..
Berkongsi syahadah yang suci bersamamu..
Andai sesuci syahdah itu menjadi milikmu...
Aku akan melamarmu menjadi teman hidupku..
Ya Allah sesungguhnya kepada-Mu lah hamba-Mu ini berserah..
Ampunilah dosa ibu dan ayah yang membesarkan..
Kurniakanlahku keluarga yang bahagia..
Isteri yang solehah..
Keturunan yang mencinta-Mu..
Dan kurniakanlah kami kebahagiaan dunia akhirat..
Kekalkanlah syahadah suc-Mu ini di hati kami..
Ameeennn..
Diari lusuh itu ditutup rapat kembali, air mata yang bergenang diseka lembut. Itulah tulisan terakhir Amir Haziq yang ditulis di dalam diarinya. Diari dan sebuah Al-Quran tafsir merah kecil diberikan keluarga Haziq kepadanya kerana merasakan bahawa dialah yang layak menyimpannya.
Dalam hatinya berkata, "Haziq terima kasih kerana engkau membantu ku merasai nikmat yang kau ingin kongsi bersamaku, terima kasih kerana engkau membenarkan hatiku dimiliki pemilik hatimu, akan kubawa syahadah  yang suci ini sentiasa bersamaku."
Amirah merenung ke luar jendela. Di luar jendela hujan yang renyai telah berhenti. Mentari mula terbit di ufuk timur, pelangi yang indah merentasi langit. Di dalam hatinya bertasbih memuji kehebatan ilahi. Dia kini yakin bahawa setiap ujian yang datang ada hikmahnya.

OKIE.Itulah kisahnya.Saya percaya yang suatu hari cinta suci dan ikhlas akan kita miliki juga walaupun terpaksa menunggu begitu lama kerana Dialah yang mengaturkan segalanya.

-nur akma azman-