Thursday 19 May 2011

untuk tatapan hati yang sedang merindui..

@sslamualaikum wbh..

Tadi masa tengah kemas barang2 lama terjumpak la macam2 jenis surat cintaku zaman sekolah dulu..(bak kata fatin briyee cinta songsang)~hehehe~tapi bukan nak cita pasal surat kat sini..Terjumpa diari pelajar asrama 2006..Ada 1 keratan akhbar yang saya ambik dari sorang kawan nie sebab ayat dia memang jiwang abis..
.DUHAI HATI..macam lagu ina naim lak..
Maka bermulalah sebuah karya...:

"wahai hati yang sedang merindui,apabila kita mencintai seseorang,sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai,apabila kita telah menyayangi seseorang seseungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci.Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup,pengajaran perlu dirasai bila kasih tak berbalas.Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui..
Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu di depan mata,ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki,kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadang kala tak disangka..Kadang kala apa yang kita ingin tak akan sama dengan apa yang kita harapkan,adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama dengan dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah illusi,harapan hanyalah kemaahuan yang cuba kita gapai,sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti...
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang meemberi kita nilai untuk terus hidup,memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan..."

No comments:

Post a Comment