Wednesday 10 July 2013

Bazaar Ramadhan dan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Definisi bazaar Ramadhan
-merupakan tempat menjual pelbagai lauk pauk,kuih muih,air ayaq,nasik nasak dan lain2 juadah untuk berbuka puasa. Bazaar Ramadhan hanya wujud pada 1 Ramadhan setiap tahun.

Buat julung kalinya aku berpuasa sangat jauh dari family iaitu melebihi 2 marhalah atau 90km.Time sekolah menengah dok asrama sungguh dekat dengan baiti jannati. Hanya dipisahkan oleh beberapa petak sawah padi dan sebuah kampung saja. Masuk UiTM Merbok pulak tiap-tiap minggu balik. Tapi sejak dok UiTM Puncak Alam nie....,balik time cuti midsem n cuti sem ja. Sedih sungguh..!

Motive aku membuat entry ini adalah untuk memperjuangkan keseronokan aku masa zaman UiTM Merbok dulu.Sungguh berbeza puasa di Merbok dengan Puncak Alam. Kalau pi bazaar Ramadhan kat Merbok..,fuhh rambang mata nak makan apa..Setiap hari makan benda yang berbeza.Bak kata roommate aku si DAlila tuh, kita kena try semua makanan! Cakap ja nak makan apa, semua ada depan mata,tinggai nak hulur duit ja. Tapi aku pi ja bazaar kat depan rumahku Puncak Alam..,alahai..camni 10 kali pusing pon xjumpa lagi apa yang berkenan dihati..Time2 macam nie lah buatkan aku merindui dan sangat merindui Merbokus yang harum dengan wangian getah setiap pagi..

Rindu Merbok, rindu jus buah RM1, rindu makanan2 yang sedap dan murah diMerbok

Selamat berpuasa semua.. :(

No comments:

Post a Comment